Selasa, 1 Julai 2014

KEBAIKAN MENGINAP DI HOMESTAY

Walaupun menginap di Homestay mungkin kurang keselesaannya berbanding dengan Hotel tetapi terdapat beberapa kelebihan menginap di Homestay iaitu :


1. Kadar harga sewa homestay jauh lebih murah berbanding di hotel. Dapat sewa sebuah rumah pada kadar harga sebilik Hotel.

2. Mempunyai ruang tamu yang jauh lebih luas.


3. Mempunyai dapur dan peralatan untuk  memasak.


4. Menjimatkan kos makan dan minum dengan cara memasak sendiri.


5. Banyak kemudahan yang tidak disediakan di Hotel ada di homestay seperti peti ais, mesin basuh , rice 
cooker, dapur , set meja makan , sofa dan lain-lain.

6. Tidak payah berebut parking, parking yang luas.


7. Boleh memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah berbanding cuma sebuah bilik jika menginap di Hotel.


8. Kadar sewa lebih fleksibel. Jika menginap lebih lama, lebih banyak diskaun diberikan. Jika hotel kadar sewa tetap walaupun menginap lebih lama...