Ahad, 22 April 2012

PERATURAN MENGINAP DI HOMESTAY NUR KASIH


ASSALAMUALAIKUM ...
KEPADA PELANGGAN BUDIMAN , TERIMA KASIH KERANA MEMILIH HOMESTAY NUR KASIH SEBAGAI TEMPAT PENGINAPAN ANDA. KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

PERATURAN MENGINAP DI HOMESTAY NUR KASIH


1. SEMUA PERALATAN YANG DISEDIAKAN DIDALAM HOMESTAY INI  BOLEH DIGUNAKAN OLEH PENYEWA. PERALATAN TERSEBUT HENDAKLAH DIGUNAKAN DENGAN SECARA BERHEMAT DAN CERMAT. JIKA TERDAPAT KEROSAKAN SEBELUM DIGUNAKAN, SILA LAPORKAN KEPADA PEMILIK HOMESTAY DENGAN KADAR SEGERA.

2. TIDAK DIBENARKAN  MENGALIHKAN KEDUDUKAN PERALATAN DIDALAM HOMESTAY INI. JIKA PENYEWA MENGALIHKAN KEDUDUKAN PERALATAN TERSEBUT, PENYEWA HENDAKLAH MELETAKKAN KEMBALI  PERALATAN TERSEBUT KEPADA KEDUDUKAN ASAL SEBELUM CHECK OUT DARI HOMESTAY INI.


3. PASTIKAN SEMUA PERALATAN DAPUR YANG DIGUNAKAN OLEH PENYEWA DICUCI SEBELUM CHECK OUT DARI HOMESTAY INI.

4.    PENYEWA MESTILAH MEMASTIKAN SEMUA SUIS PERALATAN ELETRIK SPT AIRCOND DAN KIPAS (KECUALI  PETI AIS) DIMATIKAN JIKA MENINGGALKAN HOMESTAY UNTUK J/MASA YANG LAMA  BAGI MENGELAKKAN PEMBAZIRAN ELETRIK.

5.  PENYEWA DILARANG MEMBIARKAN AIRCOND TERUS  TERPASANG SELAMA BEBERAPA HARI TERUTAMA  SEMASA PENYEWA TIADA DIRUMAH KERANA INI MENYEBABKAN KEROSAKAN KEPADA AIRCOND TERSEBUT AKIBAT DARIPADA KECUAIAN TERSEBUT.


6. KEROSAKAN ALATAN KERANA  KECUAIAN PENGGUNA MESTILAH DITANGGUNG OLEH PENYEWA. PEMILIK HOMESTAY BOLEH  MEMBUAT TUNTUTAN GANTI RUGI DI ATAS KEROSAKAN TERSEBUT. KERJASAMA PENYEWA AMAT DIHARGAI.

7. PENYEWA BOLEH MEMOHON  PERALATAN TAMBAHAN DARIPADA PEMILIK HOMESTAY TETAPI BERGANTUNG KEPADA PEMILIK HOMESTAY SAMA ADA MEMENUHI PERMINTAAN TERSEBUT ATAU SEBALIKNYA DENGAN MENGENAKAN CHARGE (BAYARAN TAMBAHAN) ATAU SEBALIKNYA.

8. DILARANG SAMA SEKALI MENJADIKAN CADAR ATAU COMFORTER SEBAGAI  ALAS STERIKA SUPAYA CADAR ATAU COMFORTER TIDAK HANGUS ATAU KOTOR.

9.   WAKTU CHECK-IN JAM 2.00 PETANG DAN WAKTU CHECK-OUT SEBELUM JAM 12.00 T/HARI. PENYEWA YANG INGIN CHECK-IN AWAL ATAU CHECK-OUT LEWAT BOLEHLAH MINTA KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA PEMILIK HOMESTAY. PEMILIK HOMESTAY BOLEH MENGENAKAN CAJ TAMBAHAN RM10.00/JAM JIKA PENYEWA CHECK-OUT LEWAT DARIPADA MASA YANG SEPATUTNYA.


10.BAGI PENYEWA YANG INGIN CHECK-OUT AWAL DARIPADA TARIKH YANG SEPATUTNYA, MESTILAH MEMBERITAHU DENGAN KADAR SEGERA KEPADA PEMILIK HOMESTAY UNTUK BERUNDING TENTANG MASALAH TERSEBUT. PEMILIK HOMESTAY BERHAK UNTUK TIDAK MEMULANGKAN BAYARAN BAGI HARI YANG TELAH DIBATALKAN KERANA TIDAK MENEPATI  JANJI SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN.


11. DITEGAH SAMA SEKALI MEMBAWA MASUK MAKANAN YANG TIDAK HALAL KE DALAM HOMESTAY. 


12.DIHARAP PERATURAN INI AKAN DIPATUHI OLEH SEMUA PENYEWA SEPANJANG MENGINAP DI HOMESTAY NUR KASIH.

KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN”
“ PEMBAZIRAN ADALAH AMALAN YANG DIKUTUK  ALLAH S.W.T ”


Homestay Nur Kasih,
Tel : 019-9858274/013-9800442

Tiada ulasan: